Sunday 28 April 2013


SELAMAT DATANG....

Selamat datang ke laman e-kaunseling Bakti Insan Konsultan. Kami menyediakan pelbagai khidmat kaunseling untuk membantu anda. Kami mempunyai kepakaran dalam jurusan kaunseling dan psikologi. Pelanggan/klien boleh membuat janji dan memilih medium yang selesa untuk melakukan sesi kaunseling. Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan seperti pakar motivator dan fasilitator untuk program pembangunan sahsiah diri. Sebarang masalah boleh hubungi kami di talian yang disediakan.

PENGERTIAN KAUNSELING

  1. Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah.
  2. Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
  3. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
  4. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.
  5. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
  6. Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar, apa kelebihan dan kekurangannya, apa yang boleh dilakukan dengan mudah, apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
  7. Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna. 
  8. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.


Tujuan Kaunseling
1.   Memberi Maklumat
a)   Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
b)  Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor.

2.   Menggalakkan Celik Akal
a)   Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran).
b)  Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya.

3.   Memberi Sokongan
a)     Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4.   Penyelesaian Konflik
a)     Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak).
b)    Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan.

5.   Membuat keputusan
a)   Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan.
b)  Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.




Rasional Perkhidmatan Kaunseling

1.     Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
2.     Ketidakseimbangan emosi.
3.     Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
4.     Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
5.     Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
6.     Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
7.     Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
8.     Masalah peribadi dan keluarga.
9.     Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.