Tujuan Kaunseling
1.
Memberi Maklumat
a)
Masalah klien selalunya berkaitan dengan
kekurangan maklumat
b) Mendapatkan
gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor.
2.
Menggalakkan Celik Akal
a) Membantu
klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran).
b) Membantu
klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya.
3. Memberi
Sokongan
a)
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah
bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan
masalah.
4. Penyelesaian
Konflik
a)
Mengurangkan
ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak).
b)
Membantu
mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang
menguntungkan.
5. Membuat
keputusan
a)
Membantu
klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat
keputusan.
b) Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan
klien sebelum sesuatu keputusan diambil.
No comments:
Post a Comment