FAQ



Apakah Kaunseling Maya?

Kaunseling merupakan satu cara yang boleh disediakan kepada mereka yang memerlukan. Cara yang tradisi ialah dengan memberikan kaunseling secara bersemuka. Kaunseling maya memberikan perkhidmatan yang sama cuma ia menggunakan modaliti emel, chat dan konfrensi video. Cara ini lebih mudah dan pantas. Kaedah ini bukan menggantikan kaedah bersemuka tetapi ia memberikan kaedah pilihan kepada klien yang memerlukan. Hasil yang diperolehi bergantung kepada kesungguhan, komitmen dan kesediaan klien bekerjasama dengan kaunselor maya yang terlibat.

Siapakah Kaunselor Yang Terlibat?

Sila rujuk pada halaman Profil Kaunselor Anda.

Apakah Bentuk/Jenis Soalan Yang Boleh Saya Tanya?

Semua soalan boleh ditanya kecuali yang berkaitan dengan perubatan dan rawatan yang akan diberikan. Soalan yang biasa kami terima ialah yang berkaitan dengan perhubungan, tentang konsep diri, kebimbangan, kekeluargaan, tekanan di rumah dan di tempat kerja, konflik, komunikasi, kebingungan, dan seumpamannya. Semua soalan ini akan membawa kepada pemahaman diri anda sendiri yang membawa kepada memperbaiki konsep kendiri anda dan hubungan anda dengan orang lain dan persekitaran anda.

Bagaimana Saya Boleh Menghantar Soalan?

Apabila anda telah membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kaunseling maya, sila ke laman Perkhidmatan, Chat dan Email kami untuk mengetahui lebih lanjut. Kami mencadangkan agar anda mengambil sedikit masa untuk memberikan latar belakang pemasalahan anda secara terperinci. Lihat semula kepada peluahan dan tulisan anda dan tambahlah perkara-perkara yang tertinggal sebelum anda menghantarnya. Selain itu, anda juga boleh berhubung secara langsung dengan kaunselor kami dengan menghubungi talian dan emel yang tersedia seperti di laman profil kaunselor bagi klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan secara khusus mengikut kepakaran kaunselor pilihan.

Apakah Jawapan Yang Boleh Saya Peroleh?

Banyak mana jawapan atau respon yang anda peroleh bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda ingini. Kaunseling maya memerlukan masa untuk memahami dan menjawab persoalan yang anda kemukakan. Jawapan akan diberikan dalam tempoh tempoh 24 hingga 48 jam setelah isu dikeutarakan. Respon kami biasanya secara terperinci dan berfokuskan kepada isu dan permasaalahan yang anda kemukakan. Semua respon diberikan secara profesional, dan tidak berat sebelah. Kami memberikan anda pilihan untuk berfikir, membuat keputusan dan bertindak mengikut kemampuan, keselesaan, keinginan untuk berubah dan bertindak terhadap situasi yang anda hadapi.

Adakah Masalah Yang Saya Kemukakan Dirahsiakan?

Kami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Untuk lebih selamat kami mencadangkan agar anda mempunyai alamat e-mel yang personal. Alamat tersebut boleh didapati dari laman web berikut seperti gmail, yahoo, hotmail dan lain-lain lagi. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.

Peringatan

Bayaran yang dikenakan bukan untuk caj perkhidmatan sesi kaunseling tetapi caj untuk perkhidmatan pengurusan laman, sewaan tapak dan caj moderator. Harap Maklum.


No comments:

Post a Comment